Subuh
5:35
Syuruk
6:58
Zuhur
1:05
Asar
4:30
Maghrib
7:10
Isyak
8:25

Lelaki dalam kes tembak di KTPH didakwa di mahkamah

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Lelaki dalam kes tembak di KTPH didakwa di mahkamah

Jun 22, 2015 | 03:29 PM

SEORANG lelaki warga Singapura berusia 24 tahun yang didakwa merampas pistol seorang pegawai polis di Hospital Khoo Teck Puat (KTPH) kelmarin dihadapkan ke mahkamah tadi.

Muhammad Iskandar Sa'at didakwa di bawah Akta Kesalahan Senjata Api.

Dia didakwa cuba melarikan diri dari hospital dan semasa pergelutan antaranya dengan seorang pegawai polis, tiga das tembakan dilepaskan dan pegawai polis berusia 31 tahun itu cedera di ibu jari kiri dan kaki kanan.

Jika sabit kesalahan menggunakan atau cuba menggunakan senjata api di bawah Seksyen 4 (1) Akta Kesalahan Senjata Api, Muhammad Iskandar boleh dihukum gantung.

Dia ditahan Jumaat lalu, sehari sebelum kejadian menembak itu, dan ditahan reman bagi siasatan lanjut.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3