Subuh
5:35
Syuruk
6:51
Zuhur
12:55
Asar
4:03
Maghrib
6:57
Isyak
8:06
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Lelaki dalam kes tipu tawar 'pekerjaan' Sukan SEA ditangkap

May 22, 2015 | 04:23 PM

SEORANG lelaki berusia 38 tahun telah ditangkap malam semalam, selepas disyaki menipu lebih 50 orang dengan menawarkan mereka "pekerjaan" untuk Sukan SEA.

Polis berkata, mangsa-mangsa itu terpedaya dengan iklan-iklan di Facebook yang dikirimkan suspek, kononnya menawarkan mereka pekerjaan bagi kejohanan sukan tersebut, yang bakal berlangsung di Singapura dari 5 hingga 16 Jun ini.

Dalam kes itu, suspek telah menemuramah para mangsa di beberapa lokasi di Singapura sebelum mengenakan mereka bayaran $35 untuk yuran latihan dan uniform.

Dia kemudian meminta mangsa menghadiri latihan wajib tiga hari di sebuah syarikat di New Bridge Road.

Namun, setibanya di syarikat tersebut, para mangsa akhirnya sedar bahawa mereka telah ditipu.

Polis memberkas suspek di Ang Mo Kio Avenue 10 malam semalam, selain merampas buku catatan, telefon bimbit dan sebuah iPad.

Siasatan awal menunjukkan suspek juga dipercayai terbabit dalam dua kes kecurian di Marine Parade and Serangoon Central.

Dia akan dihadapkan ke mahkamah esok atas tuduhan menipu.

Jika sabit kesalahan, dia boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun dan denda.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3