Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki dalam video semuka dengan wanita di Taman Pasir Ris bukan pegawai polis

Jun 22, 2018 | 01:45 PM



SEORANG lelaki berusia 20 tahun yang mendakwa dirinya adalah pegawai polis semasa bersemuka dengan sekumpulan wanita di Taman Pasir Ris semasa hujung minggu panjang sempena Hari Raya Aidilfitri bukan daripada Pasukan Polis Singapura (SPF).



Menurut akhbar The Straits Times, polis menjelaskan demikian hari ini (22 Jun) menerusi satu kenyataan berhubung satu video yang tular di media sosial.





Dalam video itu, lelaki berkenaan memarahi wanita itu dan mengatakan bahawa beliau boleh mengheret mereka ke penjara.



Beliau juga mengulangi beberapa kali bahawa beliau merupakan pegawai polis.



Menurut polis, lelaki dalam video itu bukan pegawai SPF.



Tambahnya, lelaki itu juga sedang membantu dengan siasatan.



Difahamkan, kejadian itu berlaku di ruang barbeku di Taman Pasir Ris Ahad lalu.



Polis turut mengingatkan orang ramai agar sentiasa berjaga-jaga dengan orang yang mungkin menyamar sebagai pegawai polis untuk melakukan jenayah.



Sesiapa yang didapati bersalah menyamar sebagai pegawai awam boleh dipenjara sehingga dua tahun dan didenda.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >