Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki diberkas, 32 alat e-vape, 635 katrij cecair elektronik dirampas

Jul 12, 2019 | 05:30 AM



PENGUASA Imigresen & Pusat Pemeriksaan (ICA), Biro Narkotik Pusat (CNB) dan Penguasa Sains Kesihatan (HSA) telah merampas sebanyak 32 alat vape elektronik dan 635 kartrij cecair elektronik dari seorang warga Singapura berusia 27 tahun.



Pada 5 Julai lalu sekitar 9 pagi, pegawai ICA mengesan enam alat set e-vape dan 223 kartrij cecair elektronik yang tersembunyi di dalam ruang penukaran gear dalam sebuah kereta berdaftar Singapura di Pusat Pemeriksaan dan Imigresen Woodlands.



Pemandu tersebut yang disyaki di bawah pengaruh dadah dirujuk ke CNB dan HSA untuk siasatan lanjut.



Siasatan menunjukkan bahawa suspek menyembunyikan lagi 26 set alat e-vape dan 412 kartrij cecair elektornik dalam sebuah POPStation Singpost.



Suspek kini membantu CNB dan HSA dalam siasatan.



HSA mengambil perkara penyedulupan dan pengedaran e-vape dengan serius dan akan terus menghapuskan aktiviti sebegini.



Operasi yang dijalankan oleh HSA dari April hingga Jun 2019 telah menghentikan aktiviti 15 pengedar yang beroperasi di Singapura. Kes tersebut sedang disiasat.



Pesalah boleh disaman sehingga $10,000 atau dihukum penjara selama enam bulan atau kedua-dua sekali.



Pengunaan, pembelian atau pemilikan e-vape juga satu kesalahan, boleh dihukum dengan denda sehingga $2000.



Orang ramai yang mempunyai maklumat tentang pengimportan, pengedaran atau penjualan e-vape boleh menghubungi Tobacco Regulation Branch atau Cawangan Peraturan Tembakau di 6684 2036 atau 6684 2037 pada waktu pejabat.



Orang awam tidak sepatutnya membeli sebarang e-vape, termasuk menerusi Internet, untuk dibawa masuk ke Singapura.



Mereka juga harus jauhkan dari menggunakan e-vape dan buang sebarang e-vape sekiranya memilikinya.



Individu yang ingin berhenti merokok harus merujuk kepada nasihat profesional.



Nasihat dan sokongan boleh didapati menerusi nombor bebas tol Quitline di 1800 438 2000 atau www.iquitclub.sg.



ICA akan terus melakukan pemeriksaan keselamatan kepada penumpang, kargo dan kenderaan di pusat pemeriksaan untuk mencegah penyeludupan orang, dadah, senjata dan bahan peledak dan kontraband lain.



Kaedah peyembunyian yang sama digunakan oleh penyeludup boleh digunakan oleh pengganas untuk menyeludup senjata dan bahan peledak untuk melakukan serangan di Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >