Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki diberkas guna pisau serang 4 orang di Bukit Merah

Jun 07, 2021 | 05:30 AM



SEORANG lelaki berusia 48 tahun yang dikatakan mempunyai sejarah penyakit mental dan salah guna dadah dilaporkan telah menyerang empat orang dengan pisau.



Polis berkata mereka memberi respon kepada serangan itu yang berlaku di sebuah unit kediaman di 2, Jalan Bukit Merah Road, sekitar 6 pagi semalam.



Mangsa yang tercedera - dua lelaki berusia di antara 18 tahun dengan 24 tahun dan dua wanita berusia di antara 39 tahun dengan 59 tahun - telah dikejarkan ke hospital.



Suspek itu dipercayai tidak dikenali oleh mereka.



Lelaki itu yang bertindak bersendirian dan dipercayai di bawah pengaruh dadah, diberkas kerana menyebabkan kecederaan dengan senjata yang merbahaya, kata polis.



Mereka menambah bahawa sebilah pisau, pisau pemotong, dua pisau lipat dan bahan yang disyaki telah dirampas di tempat kejadian.



Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) memberitahu The Straits Times bahawa para mangsa telah dikejarkan ke Hospital Universiti Nasional (NUH).



Hospital enggan memberi komen tentang keadaan mangsa sambil menukil kerahsiaan pesakit.



Dalam satu pos Facebook semalam, polis berkata para pegawai sedang meronda di sekitar kawasan itu apabila mereka dihampiri oleh wanita berusia 59 tahun, yang mempunyai kelukaan pisau di tingkat bawah.



Mereka kemudian ke flat itu di tingkat dua.



Lelaki berkenaan dipercayai memasuki unit itu sementara mangsa sedang tidur dan menyerang dua penyewa wanita dengan pisau.



Dua penyewa lelaki itu kemudian membantu mereka dan berusaha untuk mengawalnya.



Seorang penyewa lelaki lain berusia 31 tahun yang sedang tidur di bilik lain, telah terjaga oleh kekecohan itu dan melarikan diri untuk mendapatkan bantuan pegawai polis yang sedang meronda. Beliau tidak tercedera, tambah polis.



Siasatan kini sedang masih berjalan dan rondaan dipertingkatkan di kawasan itu, kata polis.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >