Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki diberkas, heroin 900g dirampas di imigresen Tuas

Dec 22, 2016 | 11:45 AM



SEORANG lelaki warga Malaysia telah diberkas dan sejumlah dadah yang beratnya hampir 1kilogram telah dirampas Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) pagi semalam.



Dalam kenyataannya, ICA menyatakan sebuah motosikal yang ditunggang seorang lelaki telah ditahan pada 6.10 pagi sebaik tiba zon motosikal di bahagian masuk ke Singapura di Pusat Pemeriksaan Tuas.



Semasa pemeriksaan dilakukan anggota ICA merasakan suspek mungkin menyembunyikan dadah dalam seluar dalamnya.



Pihak Biro Narkotik Pusat (CNB) dimaklumkan dengan serta merta.



Hasil pemeriksaan yang dilakukan anggota CNB, mereka ketemu sekitar 900gram dadah dipercayai heroin yang dianggarkan bernilai lebih $63,000 di pasaran.



Lelaki itu kemudian ditahan di bawah Akta Penyalahgunaan Dadah, yang jika disabitkan dengan kesalahan membawa lebih 15 gram dadah heroin yang tulen, akan dihukum mati.



Dadah heroin seberat 15gram adalah bersamaan 1,250 straw yang cukup menampung ketagihan kira-kira 180 penghisap dadah selama seminggu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >