Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki diberkas jual barangan mewah palsu

Aug 11, 2021 | 05:30 AM



POLIS telah menangkap seorang lelaki berusia 27 tahun yang disyaki terlibat dalam penjualan barangan mewah palsu.



Sebanyak 51 barangan yang melanggar hakcipta, termasuk jam dan aksesori jam bernilai sekitar $11,000 dirampas, kata polis dalam kenyataannya.



"Siasatan awal menunjukkan lelaki itu disyaki menggunakan wadah perdagangan elektronik atau e-dagang untuk membeli barangan tersebut dari sumber asing, sebelum menjualnya semula di sini menerusi wadah e-dagang dan media sosial," kata polis.



"Siasatan terhadap lelaki itu sedang dijalankan."



Menurut polis, lelaki itu ditangkap di Woodlands Street 13 pada 6 Ogos, semasa pegawai dari Divisyen Polis Woodlands dan Jabatan Siasatan Jenayah (CID) menjalankan operasi.



Polis menganggap serius pelanggaran hak intelektual dan ingin mengingatkan awam pengedaran dan penjualan barangan palsu dianggap sebagai kesalahan serius, kata kenyataan itu.



"Polis tidak akan berlengah untuk mengambil tindakan keras terhadap orang yang meraih keuntungan daripada perniagaan yang sah dan pelanggan. Pihak awam dinasihatkan supaya berwaspada tentang barangan palsu yang dijual di dalam talian menerusi wadah e-dagang atau media sosial," kata polis.



Di bawah Akta Cap Dagangan, kesalahan menjual atau mengedar barangan dengan hakcipta palsu boleh dikenakan denda sehingga $100,000, penjara sehingga lima tahun atau kededuanya sekali.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >