Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki diberkas kerana ancam PM Lee di media sosial susuli penembakan Shinzo Abe

Jul 09, 2022 | 11:44 AM



SEORANG lelaki berusia 45 tahun telah diberkas kerana disyaki terlibat dalam hasutan keganasan terhadap Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, dengan komen media sosialnya.



Pada Jumaat (8 Julai), sekitar 3.10 petang, polis menerima laporan mengenai ancaman yang dibuat dalam bahagian komen  laman Facebook CNA, menyusuli berita penembakan mantan Perdana Menteri Jepun, Encik Shinzo Abe.



Pegawai Divisyen Polis Central kemudian mengenal pasti identiti pengguna Facebook itu dan memberkasnya dalam masa lima jam setelah laporan dibuat pada Jumaat.

Sebuah komputer riba,  tablet dan empat telefon bimbit dirampas.



Siasatan  masih dijalankan.



Sesiapa yang didapati bersalah membuat atau berkomunikasi menerusi rakaman elektronik yang mengandungi sebarang unsur hasutan untuk mencetus keganasan boleh dihukum penjara hingga lima tahun atau denda mahupun kededuanya sekali.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >