Subuh
5:34
Syuruk
6:51
Zuhur
12:55
Asar
4:04
Maghrib
6:57
Isyak
8:06
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Lelaki diberkas kerana disyaki terlibat dalam dapatkan kredit bagi khidmat beli dulu bayar kemudian

Sep 23, 2022 | 06:50 PM

SEORANG lelaki berusia 25 tahun telah diberkas atas dakwaan terlibat dalam penipuan permohonan dalam talian untuk mendapatkan kredit bagi perkhidmatan skim beli dulu bayar kemudian (BNPL) di Singapura, kata polis dalam satu kenyataan pada Jumaat (23 Sep).

Pada 14 September 2022, pihak polis telah dimaklumkan  sebuah syarikat tempatan yang menyediakan perkhidmatan BNPL bahawa mereka tidak boleh mendapatkan semula bayaran daripada beberapa orang yang mencurigakan.

Akaun-akaun BNPL itu didakwa ditubuhkan menggunakan identiti rekaan dan identiti yang telah dicuri untuk mendapatkan talian kredit. 

Saluran kredit itu kemudian digunakan untuk membuat pembelian dalam talian menggunakan perkhidmatan BNPL dengan kerugian berjumlah lebih $3,200. 

Menerusi siasatan susulan, pegawai daripada Divisyen Polis Ang Mo Kio telah mendapatkan identiti lelaki itu dan memberkasnya pada Khamis (22 Sep). 

Pelbagai bahagian basikal, satu telefon bimbit dan tiga kad bank telah dirampas dan siasatan sedang dijalankan. 
Kesalahan menipu di bawah Seksyen 420 Kanun Jenayah 1871 membawa hukuman penjara sehingga 10  tahun dan didenda. 

Pihak polis menyatakan mereka memandang serius terhadap sesiapa yang mungkin terlibat dalam kegiatan penipuan untuk menyalahgunakan sistem pembayaran, dan pelaku akan ditangani mengikut undang-undang.
 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3