Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki diberkas kerana gangguan pemiutang haram

Jun 04, 2020 | 02:10 PM



POLIS telah memberkas seorang lelaki berusia 31 tahun kerana disyaki terlibat dalam siri gangguan pemiutang haram, kata polis pada Khamis (4 Jun).



Pada 2 Jun, polis menerima laporan tentang kes gangguan pemiutang haram di Tampines Central 7 di mana pintu pagar sebuah unit dikunci dengan kunci basikal dan nota penghutang ditinggalkan.



Menerusi pertanyaan dengan orang ramai dan bantuan imej daripada kamera polis, pegawai Divisyen Polis Bedok mengenal pasti identiti lelaki itu dan menangkapnya di  Hoe Chiang Road, di kawasan Tanjong Pagar semalam, kata polis dalam kenyataannya.



Siasatan awal mendedahkan lelaki itu dipercayai terlibat dalam lagi satu lagi kes gangguan pemiutang wang haram di Serangoon.



Lelaki itu akan didakwa di mahkamah esok.



Bagi pesalah kali pertama, kesalahan gangguan pemiutang haram boleh dikenakan denda tidak kurang daripada $5,000, dan tidak melebihi $50,000 dengan hukuman penjara wajib sehingga lima tahun, serta hukum sebat wajib sehingga enam kali.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >