Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki diberkas kerana letupkan bunga api secara haram di Little India

Nov 01, 2019 | 03:04 PM



SEORANG lelaki, 43 tahun, ditahan semalam (31 Oktober) kerana disyaki terbabit dalam kejadian menyalakan bunga api secara haram di Little India pada Ahad lepas.



Walaupun tiada kecederaan dilaporkan, dia boleh dipenjara sehingga dua tahun, didenda antara $2,000 dengan $10,000, atau kedua-duanya sekali, kata polis hari ini (1 November).



Dia diberkas selang tiga hari selepas penangkapan lelaki, 38 tahun, yang disyaki terlibat dalam insiden menyalakan bunga api juga secara haram di estet Jurong pada Ahad.



Perbuatannya telah dirakam dalam video sepanjang 23 saat yang dimuat naik di Facebook. Dia melepaskan bunga api  antara dua blok HDB, sambil penghuni blok menyaksikannya dari koridor masing-masing.



Video itu menunjukkan bunga api mencapai ketinggian sehingga 12 tingkat, malah ada percikan bunga api yang terkena dinding blok itu.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >