Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki diberkas kerana meninggalkan barangan tanpa diawasi di stesen MRT

mrt
Oct 18, 2017 | 06:23 PM



SEORANG lelaki berusia 37 tahun telah ditangkap kerana menimbulkan kebimbangan orang awam selepas meninggalkan begnya tanpa diawasi di dua stesen MRT sepanjang Laluan Timur Laut (NEL) kelmarin (Isnin, 16 Oktober). 



Menurut pihak polis dalam satu kenyataan hari ini, mereka dimaklumkan mengenai kes beg yang ditinggalkan tanpa diawasi di salah satu jalan keluar stesen Farrer Park pada 12.25 petang. 



Beg tersebut kemudian diambil oleh pemiliknya, yang telah meninggalkan stesen tersebut sebelum pihak polis tiba di tempat kejadian.

 

Pada 2.10 petang, satu lagi kes dilaporkan di stesen Outram. 



Semasa siasatan dijalankan, lelaki tersebut mendekati pegawai polis untuk menuntut begnya, yang mengandungi komputer riba, telefon bimbit dan peralatan komputer. 



Dia dikatakan merupakan lelaki sama yang telah meninggalkan begnya di stesen Farrer Park. 



Siasatan awal menyatakan bahawa lelaki itu sengaja meninggalkan begnya di kededua stesen dan telah ke tempat lain. 



Dalam kenyataan yang dikeluarkan, polis mengingatkan orang ramai bahawa mereka sepatutnya mengambil isu ancaman keselamatan dengan serius dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang menimbulkan keprihatinan awam.

 

Orang ramai tidak sepatutnya meninggalkan barangan peribadi mereka tanpa diawasi, dan digalakkan melaporkan sebarang perkara atau tingka laku yang mencurigakan kepada kakitangan MRT atau polis dengan segera. 



Sekiranya disabit bersalah kerana menganggu kesejahteraan awam, seseorang boleh didenda sehingga $1,000. 



Siasatan polis diteruskan terhadap kes tersebut. 

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >