Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki diberkas kerana menipu

Mar 28, 2017 | 03:31 PM



POLIS telah memberkas seorang lelaki berusia 47 tahun kerana disyaki terlibat dalam satu siri penipuan melibatkan "Pakej Promosi Grab/Uber".



Dalam kenyataannya hari ini, polis berkata, antara 22 dan 23 Februari tahun ini, pihaknya menerima beberapa laporan daripada beberapa mangsa yang diperkenalkan dengan 'Pakej Promosi Grab/Uber' menerusi rakan-rakan mereka yang disampaikan dari mulut ke mulut.



Mangsa kemudian diminta menghubungi penjual menerusi khidmat perbualan enkripsi Whatsapp, dan diarah untuk memindahkan wang ke akaun bank untuk membeli pakej yang ditawarkan.



Bagaimanapun, para mangsa tidak dapat memanfaatkan promosi itu selepas membuat pembayaran.



Penjual itu juga kemudiannya tidak dapat dihubungi.



Selepas menerima laporan, para anggota polis dari Divisyen Bedok telah melakukan siasatan rapi bagi mengenalpasti suspek dan memberkasnya pada 24 Mac lalu.



Siasatan sedang dijalankan.



Sesiapa yang didapati bersalah atas kesalahan menipu boleh dipenjara bagi tempoh sehingga 10 tahun, dan boleh didenda.



Polis juga ingin menasihati orang ramai agar membeli khidmat sewaan daripada sumber rasmi dan sentiasa prihatin apabila mendapati harga yang ditawarkan adalah terlalu murah.



Jika berasa curiga, sila hubungi talian bantuan antipenipuan di 1800-722 6688 atau kunjungi laman www.scamalert.sg




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >