Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki diberkas miliki dan import 47 pistol angin

Jan 16, 2021 | 05:30 AM



POLIS telah memberkas seorang lelaki berusia 38 tahun kerana memiliki dan mengimport pistol angin tanpa lesen sah.



Menerusi satu kenyataan semlam, polis berkata pada 30 Disember lalu, pihaknya mengesan satu kes membabitkan pistol angin berkenaan yang diimport ke Singapura.



Setelah melakukan siasatan, pegawai dari Divisyen Polis Clementi berjaya mengenal pasti pengimport itu pada Rabu lalu.



Sebanyak 47 pistol angin dan peralatannya dirampas dan siasatan terhadap lelaki itu masih dijalankan.



Dalam pada itu, polis mengingatkan orang ramai, pistol angin atau senjata lain yang boleh menembak pelet penabur menggunakan gas mampat adalah barang terkawal di bawah Akta Senjata dan Bahan Api.



Di bawah akta tersebut, seksyen 13(3), sesiapa yang didapati bersalah memiliki senjata seperti itu atau ia berada di bawah kawalan mereka tanpa lesen, boleh dikenakan denda sehingga $5,000 bagi setiap senjata dan dipenjarakan sehingga tiga tahun.



Ia juga merupakan satu kesalahan bagi sesiapa yang mengimport atau mengeksport senjata atau bahan api, atau sebarang komponen senjata berkenaan tanpa lesen



Mereka yang didapati bersalah berbuat demikian boleh dipenjara sehingga tiga tahun dan boleh didenda sehingga $10,000.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >