Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki diberkas selepas treler langgar jejambat AYE

Jan 19, 2021 | 05:30 AM



SEORANG lelaki berusia 45 tahun yang memandu lori treler diberkas setelah barangan di atas treler itu melanggar bahagian bawah jejambat di Ekspreswe Ayer Rajah (AYE) setinggi 4.5 meter semalam.



Polis berkata mereka telah mendapat laporan mengenai kemalangan itu sekitar 7.07 pagi semalam.



Menurut The Straits Times, tiada kecederaan dilaporkan.



Kemalangan yang berlaku di bahagian AYE menghala ke Ekspreswe Pantai Marina (MCE) selepas susur keluar ke Clementi Avenue 2 itu menyebabkan kesesakan teruk yang berlarutan selama beberapa jam.



Siasatan mengenai kejadian itu masih dijalankan.



Menurut LTA, kenderaan besar perlu membuat permohonan bagi mendapatkan permit pergerakan kenderaan besar (OVM).



Selain membuat permohonan untuk permit OVM, pemilik kenderaan yang mempunyai lebar keseluruhan (termasuk muatan) melebihi 3.4 meter, ketinggian keseluruhan (termasuk muatan) melebihi 4.5 meter dan berat keseluruhan 80,000 kilogram atau lebih harus mendapatkan khidmat polis untuk mengiringi kenderaan mereka di jalan raya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >