Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki diberkas, tumbuk kapten bas

Nov 16, 2022 | 05:30 AM



SEORANG lelaki diberkas malam Ahad lalu setelah dia menyerang seorang pemandu bas SBS Transit yang memberitahunya untuk memakai pelitup di dalam bas.



Setiausaha eksekutif Kesatuan Pekerja Pengangkutan Kebangsaan (NTWU), Encik Melvin Yong berkata dalam satu siaran di Facebook kelmarin bahawa lelaki itu telah menaiki bas di sebuah perhentian di daerah Sims Avenue berdekatan Geylang Serai, tanpa memakai pelitup.



Pemandu perkhidmatan bas 154 itu, yang hanya ingin dikenali sebagai Encik Adip, memberitahu lelaki itu agar memakai pelitupnya demi keselamatan penumpang lain. Namun, lelaki tersebut enggan melakukan demikian sehingga Encik Adip melaporkan kejadian tersebut kepada pusat operasi.



Lelaki tersebut kemudian memakai pelitup muka dan Encik Adip meneruskan perjalanan.



Setelah tiba di pusat pertukaran bas, lelaki tersebut menumbuk muka Encik Adip, menyebabkan beliau mengalami beberapa kecederaan di wajahnya, termasuk hidung yang disyaki retak.



Dua penumpang lain yang berada di dalam bas membantu untuk menahan lelaki tersebut sehingga polis tiba.



Dalam satu hantaran Facebook petang kelmarin, SBS Transit berkata Encik Adip mendapatkan rawatan perubatan di Hospital Besar Changi dan kini sedang berehat di rumah.



SBS Transit berkata ia akan terus membantu Encik Adip, termasuk dalam mengambil tindakan undang-undang.



"Kami marah dengan perbuatan ganas seperti itu yang dilakukan terhadap kapten bas kami. Ini tidak boleh dibiarkan berlaku dan perlu dihentikan.



"Kami tentu sekali tidak mengambil mudah perkara ini dan akan menggunakan pelbagai cara untuk memastikan bahawa keadilan ditegakkan. Ini termasuk memberi sokongan penuh kepada mana-mana kakitangan kami yang ingin memfailkan tindakan sivil termasuk menanggung kesemua bil undang-undang."



Encik Yong, yang melawat kapten bas tersebut pada tengah hari kelmarin bersama pemimpin kesatuan lain, dalam hantarannya berkata NTWU sedang bekerja rapat dengan syarikat bas tersebut untuk menguruskan perbelanjaan perubatan serta cuti perubatan Encik Adip sementara beliau memberi tumpuan kepada pemulihannya.



"NTWU mengutuk sekeras-kerasnya sebarang tindakan keganasan dan jenayah terhadap pekerja pengangkutan awam kami," katanya.



Beliau menambah bahawa perbuatan seperti itu tidak boleh dibiarkan dan kesatuan tersebut akan bekerjasama dengan polis bagi memastikan penyerang menerima hukuman undang-undang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >