Lelaki dibicara dera anak perempuan secara seksual lebih dua tahun

SEORANG lelaki berusia 42 tahun mula dibicara di Mahkamah Tinggi pada Selasa (15 Nov) bagi tuduhan mendera anak perempuannya secara seksual lebih dua tahun semasa anaknya berusia antara 11 dan 13 tahun.

Lelaki itu mengaku tidak bersalah terhadap 10 tuduhan - empat bagi serangan seksual dengan penembusan, lima kerana mencabul, dan satu melakukan perbuatan tidak senonoh dengan seorang budak.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu antara akhir 2011 dan April 2014.

Pihak terlibat tidak boleh dinamakan bagi melindungi identiti mangsa, yang kini berusia 15 tahun.

Kes pendakwaan ialah lelaki itu mula mendera secara seksual anaknya itu, yang lebih tua daripada dua anak perempuannya, sekitar akhir tahun 2011 di dalam bilik adik lelakinya.

Tertuduh didakwa meminta anaknya mengurut kakinya dan kemudian menarik tangannya untuk melakukan perbuatan tidak senonoh.

Selepas itu, sebahagian besar daripada penderaan seksual tersebut berlaku dalam bilik tidur utama flat mereka.

"Tertuduh memastikan pintu ditutup dan dikunci sebelum melakukan penderaan seksual ke atas mangsa," kata Timbalan Pendakwa Raya (DPP) April Phang dalam ucapan pembukaannya kepada mahkamah.

Lelaki itu didakwa memaksa anak perempuannya melakukan seks oral dan meliwatnya menggunakan minyak zaitun dan gel rambut.

Selepas kejadian terakhir pada 15 April 2014, si anak memberitahu ibunya tentang penderaan itu melalui aplikasi mesej WhatsApp.

Hampir 20 ahli keluarga dan rakan tertuduh berada di mahkamah. Bagaimana, hadirin kemudian meninggalkan bilik mahkamah kerana pihak pendakwaan memohon remaja itu memberi keterangan secara tertutup.

Waktu Solat

Subuh
5:28
Syuruk
6:50
Zuhur
12:52
Asar
4:15
Maghrib
6:53
Isyak
8:06
3 HR PSI: 34
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.