Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki didakwa atas cubaan rompak wanita di tempat letak kereta Hab HDB dengan guna pisau

Jan 11, 2023 | 03:34 PM



SEORANG lelaki yang didakwa cuba merompak seorang wanita berusia 48 tahun dengan pisau di tempat meletak kereta di Hab HDB di Toa Payoh dihadapkan ke mahkamah pada Rabu (11 Januari).



Dia didakwa atas satu tuduhan cubaan merompak dengan bersenjata sehingga menyebabkan kecederaan. 



Boey Yan Kit, 57 tahun, hadir di mahkamah melalui pautan video sekitar 10.30 pagi dengan memakai baju hijau.



Pihak polis pendakwa berkata Boey didapati terlibat dalam kesalahan lain yang serupa dan meminta dia direman di Divisyen Polis Pusat selama seminggu bagi membantu siasatan.



Polis berkata pegawai dari Divisyen Polis Tanglin mengenal pasti lelaki itu dan menahannya dalam tempoh 24 jam selepas laporan dibuat.



Selepas dia didakwa, Boey meminta untuk dibawa ke Institut Kesihatan Mental.



Hakim Daerah Terence Tay berkata bahawa pegawai penyiasat akan mengambil kira tentang keadaan mental Boey.



Tambahnya, tertuduh jelas berada dalam rangka pemikiran yang betul untuk membuat permintaan ini dan menolaknya.



Bagi menyebabkan kecederaan secara sukarela dalam melakukan atau cuba melakukan rompakan, pesalah boleh dipenjara antara lima hingga 20 tahun dan disebat.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >