KEMENTERIAN Tenaga Manusia (MOM) telah mendakwa rakyat Singapura, Ng Siew Leng, 52 tahun, di Mahkamah Negara pada 7 Disember lalu kerana bersubahat dalam mengambil pembantu rumah secara terlarang.
Ng, sebagai orang tengah dalam sebuah agensi pengambilan pekerja, menghadapi satu tuduhan di bawah Akta Tenaga Manusia Asing (EFMA), menurut kenyataan MOM semalam.