Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki didakwa bohong kepada penyelidik NTU, kononnya hidap Covid-19

May 17, 2021 | 04:48 PM



SEORANG lelaki warga Singapura didakwa berbohong kepada penyelidik dari Universiti Teknologi Nanyang (NTU) bahawa dia tidak dapat menghadiri satu sesi kerana telah dikuarantin setelah diuji positif Covid-19.



Paul Chan Kin Nang, 40 tahun, dikenakan satu tuduhan menghantar mesej palsu di bawah Akta Pelbagai Kesalahan (Ketenteraman Awam dan Gangguan) kepada penyelidik NTU Lau Zen Juen.



The Straits Times melaporkan bahawa Chan didakwa menghantar e-mel kepada Cik Lau pada 12.47 tengah hari pada 6 September tahun lalu yang menyatakan:



"Saya tidak dapat menghadiri sesi esok kerana saya diuji positif Covid19 dan sedang dikuarantin di hospital sekarang."



Kesalahan menyampaikan mesej palsu agak baru - ia ditambahkan ke dalam Akta Pelbagai Kesalahan (Ketenteraman Awam dan Gangguan) pada Januari tahun lalu.



Jika disabit kesalahan, Chan boleh dipenjara sehingga tiga tahun dan didenda sehingga $10,000.



Dia dijangka hadir ke mahkamah lagi pada 14 Jun ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >