Subuh
5:46
Syuruk
7:05
Zuhur
1:11
Asar
4:28
Maghrib
7:14
Isyak
8:25

Lelaki didakwa bunuh dalam kes kematian wanita di kondo Loyang

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Lelaki didakwa bunuh dalam kes kematian wanita di kondo Loyang

Oct 28, 2017 | 01:01 PM

Seorang lelaki berusia 50 tahun didakwa pada pagi Sabtu (28 Okt) membunuh seorang wanita berusia 44 tahun di sebuah kondominium di Jalan Loyang Besar.

Krishnan Raju didakwa di Mahkamah Negara  menyebabkan kematian Raithena Vaithena Samy, dipercayai isterinya, pada  Khamis (26 Okt) antara 9 malam dan 10.48 malam. Menurut rekod Pihak Berkuasa Perakaunan dan Korporat, Krishnan memiliki sebuah syarikat pengangkutan.

Dia ditangkap di Pusat Pemeriksaan Woodlands kira-kira 10 jam selepas kejadian itu. Dia difahamkan telah memasuki Malaysia melalui Koswe sebelum kembali ke Singapura dan  menyerahkan diri, menurut satu laporan dalam talian The Straits Times.

Mangsa, yang dikatakan ditemui di bilik tidur unit dengan pisau di sisinya, mengalami pelbagai kecederaan tikaman, termasuk satu di dada.

Krishnan ditahan di Polis Divisyen Central, dengan izin dibawa keluar untuk siasatan, dan akan kembali ke mahkamah pada  Jumaat (3 Nov) pada 9 pagi.

Sekiranya disabitkan dengan pembunuhan, dia menghadapi hukuman mati.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3