Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22

Lelaki didakwa bunuh Felicia Teo ditahan reman bagi ujian psikiatrik

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Lelaki didakwa bunuh Felicia Teo ditahan reman bagi ujian psikiatrik

Jan 07, 2021 | 05:01 PM

LELAKI yang dituduh membunuh Cik Felicia Teo Wei Ling pada 2007 akan direman selama tiga minggu bagi menjalani penilaian psikiatrik.

Ahmad Danial Mohamed Rafa’ee akan dihadapkan ke mahkamah lagi pada 28 Januari menyusuli penilaian tersebut yang akan dilakukan di Pusat Perubatan Kompleks Penjara Changi.
 
Ahmad Danial, 35 tahun, diwakili oleh Encik Shashi Nathan, Cik Tania Chin dan Cik Laura Yeo dari firma guaman Withers KhattarWong, lapor akhbar The Straits Times (ST).

Dia dituduh membunuh Cik Teo - berusia 19 tahun ketika itu - di sebuah flat di Marine Terrace pada 30 Jun 2007.

Ahmad Danial disyaki melakukan kesalahan itu bersama seorang lelaki lain Ragil Putra Setia Sukmarahjana, yang kini berusia 32 tahun.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3