Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21

Lelaki didakwa bunuh remaja S'pura yang hilang selama 13 tahun; polis ingin jejak seorang lagi suspek

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Lelaki didakwa bunuh remaja S'pura yang hilang selama 13 tahun; polis ingin jejak seorang lagi suspek

Dec 17, 2020 | 06:23 PM

SEORANG lelaki didakwa di mahkamah pada Khamis (17 Disember) atas kesalahan membunuh seorang pelajar institusi seni yang dilaporkan hilang lebih 13 tahun lalu.

Ahmad Danial Mohamed Rafa’ee, 35 tahun, hadir di mahkamah daerah dan dihubungkan menerusi rangkaian video. Dia didakwa membunuh Cik Felicia Teo Wei Ling, 19 tahun, pada 30 Jun 2007, antara 1.39 pagi dengan 7.20 pagi di tingkat 10 sebuah unit Blok 19 Marine Terrace.

Apabila dakwaan dibaca, lelaki berkaca mata, berambut panjang, bertindik telinga yang digari tangannya tidak menampakkan sebarang ekspresi pada raut wajahnya, lapor akhbar The Straits Times.

Mengikut dokumen mahkamah, Ahmad Danial, didakwa melakukan jenayah itu bersama seorang lagi lelaki, Ragil Putra Setia Sukmarahjana, 32 tahun.

Polis, dalam kenyataannya pada Khamis, menjelaskan Ahmad Danial ditangkap pada 15 Disember.

Pihak polis kini mencari Ragil Putra Setia yang dipercayai tidak ada di Singapura.

Hasil peninggalan tubuh Cik Teo juga sedang dicari polis.

"Siasatan awal mendedahkan Felicia mati sebelum laporan polis dibuat pada 3 Julai 2007," kata jurucakap polis, merujuk pada laporan individu yang hilang yang dibuat ibu Cik Teo.

Cik Teo dan dua lelaki yang disyaki dipercayai adalah rakan yang saling mengenali. Cik Teo yang ketika itu berusia 19 tahun kali terakhir dilihat memasuki lif bersama kedua-dua lelaki ini di flat HDB di Marine Terrace pada Jun 2007.

Bagaimanapun, dalam wawancara awal bersama polis, kedua-dua lelaki ini menyatakan Cik Teo meninggalkan flat itu sendiri pada dinihari 30 Jun tahun itu, tambah kenyataan polis lagi.

Pihak polis telah menjalankan siasatan lanjut secara terperinci termasuk menggeledah unit berkenaan dan meninjau rakaman televisyen litar tertutup tetapi tidak menemui sebarang maklumat yang menunjukkan kedua-dua lelaki itu bersalah.

Kes ini kemudian diklasifikasikan sebagai kes individu hilang kerana polis tidak dapat menemui sebarang fakta yang mengaitkan kedua-dua lelaki ini pada kehilangan Cik Teo, tambah kenyataan itu.

Pihak polis menambah ia secara tetap menyemak kes individu hilang yang belum terhurai bagi mendapatkan maklumat lanjut. Wawancara bersama keluarga Cik Teo dan saksi lain juga dikendalikan sewaktu sesi semakan kes yang diadakan secara tetap.

Polis juga memeriksa akaun bank Cik Teo, e-mel dan wadah media sosial bagi meninjau sebarang bukti digital baru.

Selepas satu semakan semula kes pada Julai tahun ini, kes ini dirujukkan kepada Jabatan Siasatan Jenayah (CID), "memandangkan kes itu tidak terhurai bagi tempoh lanjutan yang panjang".

CID kemudian menemui bukti baru sambil menjejak barangan yang dipercayai mili Cik Teo ketika beliau dilaporkan hilang, tambah polis. Laporan media ketika itu menyatakan Cik Teo antara lain membawa telefon bimbit dan komputer riba apabila dilaporkan hilang.

CID kemudian melihat kaitan salah satu barangan itu dengan Ahmad Danial yang kemudian diberkas.

Dia akan kembali ke mahkamah pada 24 Disember ini. Jika didapati bersalah membunuh, dia akan dihukum gantung.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3