Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki didakwa dalam kes serangan berbaur perkauman ke atas wanita S'pura di Choa Chu Kang

Sep 11, 2021 | 12:19 AM



SEORANG lelaki yang dituduh menendang dada seorang wanita India kelahiran Singapura pada Mei didakwa di mahkamah pada Jumaat (10 September) dengan satu kesalahan mecederakan naluri kaum wanita itu dan melakukan serangan berbaur perkauman.



Wong Xing Fong, 30 tahun, dikatakan telah menendang dada tutor privet Hindocha Nita Vishnubhai dengan kaki kanannya pada 7 Mei.



Lelaki Singapura itu juga dituduh menggunakan kata-kata kesat dan melontarkan kecaman berbaur perkauman terhadap Cik Nita, 55 tahun.



Kes itu menjadi buah mulut ramai awal tahun ini selepas ibu dua anak itu memberitahu akhbar The Straits Times bahawa beliau diserang ketika berjalan pantas.



Beliau telah menurunkan pelitupnya di bawah hidung bagi mengelakkan sesak nafas kerana beliau berjalan pantas dengan menggunakan kemeja-T tanpa lengan dan seluar sukan.



Seorang lelaki, jelas Cik Nita, memekik ke arahnya agar memakai pelitup menutupi hidung.



Apabila lelaki itu mula menderanya secara lisan setelah beliau menjelaskan bahawa beliau sedang bersenam, Cik Nita mengambil keputusan untuk beredar sahaja. Namun, lelaki itu berlari ke arahnya dan menendang dadanya.



Cik Nita yang mengalami kecederaan luka pada lengan dan tangan apabila terjatuh kemudian membuat laporan polis.



Kejadian ini berlaku sekitar 8.45 pagi di sebuah lintasan pejalan kaki yang tertutup berhampiran kondominium Northvale di Choa Chu Kang.



Perdana Menteri Lee Hsien Loong dan beberapa menteri kemudian mengecam serangan itu dalam pos Facebook berasingan pada 10 Mei.



PM Lee berkata serangan itu "menentang segalanya yang ditegakkan masyarakat berbilang kaum dan rasa hormat serta keharmonian kaum yang kita pegang erat".



Menteri Undang-Undang merangkap Ehwal Dalam Negeri, Encik K. Shanmugam, berkata: "Berdasarkan versi wanita itu, ini nampaknya adalah serangan perkauman dan menggambarkan xenofobia. Tidak boleh diterima."



Dalam posnya pula, Menteri Kemampanan dan Sekitaran, Cik Grace Fu, menggesa orang ramai agar memikirkan tentang nilai perpaduan utama sebagai sebuah masyarakat.



Katanya: "Sedang Covid-19 telah mengeluarkan yang terbaik dalam diri manusia dalam situasi sukar, dengan ramai yang tampil membantu mereka yang memerlukan, malang sekali sikap mendiskriminasi ini dan serangan ganas yang datangnya dari rasa takut dan tiada toleransi juga disaksikan di serata dunia.



"Kita rasa marah apabila orang Asia diserang sebab kaum mereka di luar negara. Janganlah kita membiarkan sikap sebegini berakar umbi di sini. Sedang kita melawan pandemik yang tidak menentu ini, lebih penting lagi buat masyarakat kita bersatu hati dan membangun perpaduan bersama."



Sidang praperbicaraan Wong akan diadakan pada 8 Oktober.



Jika didapati sengaja mencederakan orang lain dalam serangan berbaur perkauman, dia boleh dipenjara hingga empat setengah tahun dan didenda hingga $7,500.



Jika didapati bersalah mencederakan perasaan perkauman seseorang yang lain, Wong boleh dipenjara hingga tiga tahun dan didenda.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >