Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki didakwa di mahkamah ekoran kejadian tikaman di Queenstown

Oct 13, 2018 | 07:33 PM



SEORANG lelaki didakwa di mahkamah hari ini (13 Oktober) kerana menikam seorang wanita di kolong sebuah blok di Queenstown. 



Mohammad Faizal Mohamed Salleh, 29 tahun, menghadapi satu tuduhan menyebabkan kecederaan teruk dengan sengaja.



Hukuman maksimum bagi kesalahan itu adalah penjara seumur hidup.



Serangan ke atas Cik Noordilah Fadilah itu berlaku sekitar 11.45 malam pada Khamis (11 Oktober) di Blok 146 Mei Ling Street dan menyebabkannya dibawa ke hospital dengan pelbagai kecederaan.



Dokumen mahkamah menunjukkan bahawa penyerangnya menggunakan pisau sepanjang sekitar 15 sentimeter, yang meninggalkannya dengan "pelbagai luka tusukan di sebelah kanan tubuhnya".



Cik Noordilah, dipercayai berusia 20-an tahun, dimasukkan ke unit jagaan rapi di Hospital Universiti Nasional (NUH).



Difahamkan beliau berada dalam keadaan stabil.



Akhbar The Straits Times sebelum ini melaporkan kejadian tersebut disebabkan dendam peribadi antara Faizal dan Cik Noordilah, yang mengenali satu sama lain.



Faizal diberkas oleh pegawai Divisyen Polis Clementi pada 9 pagi Jumaat lalu, menyusuli pertanyaan dan penggunaan rakaman televisyen litar tertutup.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >