Subuh
5:35
Syuruk
6:51
Zuhur
12:56
Asar
4:03
Maghrib
6:58
Isyak
8:06
Setempat

Lelaki didakwa guna wang $10,000 palsu

Oct 19, 2019 | 03:24 PM

SEORANG lelaki berusia 61 tahun ditahan setelah didakwa menggunakan wang kertas palsu $10,000, menurut polis semalam (18 Oktober).

Polis berkata mereka dimaklumkan pada Khamis tentang kes wang kertas palsu $10,000 di sebuah bank Singapura.

Lelaki itu telah memasukkan wang tunai itu dan akaun banknya telah dikreditkan dengan jumlah yang sepadan.

Pegawai daripada Jabatan Ehwal Perniagaan memberkas lelaki itu semalam.

Siasatan awal mendedahkan bahawa lelaki itu menerima wang palsu itu daripada seorang lelaki asing yang dia tidak kenali, yang meminta tolong untuk memasukkan wang itu dalam bank, dengan ganjaran wang.

Lelaki 61 tahun itu dijangka didakwa di mahkamah hari ini.

Dia boleh didenda dan dipenjara selama 20 tahun.
 

Video Baru

Ciri baru

Alat terjemah Berita Harian