Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki didakwa kerana gagal daftar NS lebih tiga tahun

Jan 21, 2019 | 05:00 PM



SEORANG lelaki berusia 25 tahun didakwa di mahkamah pada Isnin (21 Jan) kerana gagal mendaftarkan diri untuk menjalani Perkhidmatan Negara (NS) sepenuh masa selama lebih tiga tahun.



Zaley Cheng Xi Xiong, seorang warga Singapura yang dilahirkan di sini, dituduh melakukan dua kesalahan di bawah Akta Pendaftaran.



Cheng didapati gagal mendaftarkan diri bagi NS antara 10 Jun 2014 dengan 30 Ogos 2017.



Dia juga dikatakan berada di luar Singapura tanpa permit keluar yang sah antara 19 Mac 2014dan 29 Ogos 207



Dokumen mahkamah tidak menunjukkan alamat Cheng di luar negara.



Semua warga lelaki dan penduduk tetap di Singapura yang berusia antara 16 ½ dengan 40 tahun, 50 tahun bagi pegawai tentera tertakluk di bawah Akta Pendaftaran.



Mereka perlu mendaftar untuk menjalani NS pada usia 16 ½ tahun dan berkhidmat pada usia 18 tahun, walau penangguhan dibenarkan bagi individu yang bakal menduduki peperiksaan GCE peringkat A, diploma politeknik atau kelulusan serupa.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >