Subuh
5:48
Syuruk
7:05
Zuhur
1:10
Asar
4:16
Maghrib
7:14
Isyak
8:22

Lelaki didakwa lakukan rompakan bersenjata di kedai 7-Eleven

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Lelaki didakwa lakukan rompakan bersenjata di kedai 7-Eleven

Jan 07, 2016 | 03:23 PM

SEORANG lelaki warga Singapura berusia 27 tahun didakwa pada Khamis (7 Jan) mengacukan pemotong kabel pada kakitangan sebuah kedai 7-Eleven untuk merompak dua bank kuasa.

Shidee Abdul Wahab didakwa melakukan kesalahan itu di kedai 7-Eleven di Blok 423, Choa Chu Kang Avenue 4 selepas tengah malam 11 Disember lalu.

Dua bank kuasa itu berharga $98.

Hakim Daerah Christopher Goh membenarkan permohonan pendakwa polis untuk menahan reman Shidee seminggu di Divisyen Polis Jurong, dengan kebenaran membawanya keluar untuk siasatan.

Kes itu akan disebut semula pada 14 Januari.

Polis berkata dalam satu kenyataan bahawa identiti suspek dipastikan dengan bantuan kamera pengawasan polis di kawasan itu.

Dia ditangkap pada Selasa di Choa Chu Kang.

Jika sabit kesalahan rompakan bersenjata pada waktu malam, Shidee boleh dijatuhi hukuman penjara hingga 14 tahun dan rotan sekurang-kurangnya 12 kali.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3