Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki didakwa lepas mayat adik ditemui

May 07, 2021 | 05:30 AM



SEORANG lelaki dihadapkan ke mahkamah daerah semalam, setelah adik perempuannya berusia 19 tahun ditemui meninggal dunia dalam sebuah flat di Clementi kelmarin.



Huang Bocan, 29 tahun, dikenakan satu tuduhan menyebabkan kecederaan teruk dengan sengaja ke atas Cik Huang Baoying sekitar 11 malam Selasa lalu.



Lelaki warga Singapura itu didakwa memukul adiknya dengan batang kayu di flat di Blok 602 Clementi West Street itu.



Dalam satu kenyataan lebih awal, polis berkata mereka dimaklumkan tentang kes tersebut sekitar 6.30 pagi kelmarin.



Pegawai polis kemudian menemui mangsa terbaring dalam keadaan tidak sedar. Beliau diisytihar meninggal dunia di tempat kejadian.



Apabila akhbar The Straits Times mengunjungi unit itu awal pagi semalam, seorang lelaki yang kelihatan berusia 40an tahun dilihat meninggalkan flat tiga bilik itu dengan surat-surat.



Beliau enggan berbual kepada media.



Jiran-jiran berkata mereka tidak tahu siapa tinggal di flat itu dan penghuninya memencilkan diri.



Lebih 12 pegawai polis berada di tempat kejadian dari sekitar 7 pagi kelmarin, menurut jiran-jiran itu.



Huang akan ditahan di Divisyen Polis Central dan kesnya ditunda ke 12 Mei.



Sesiapa didapati bersalah menyebabkan kecederaan teruk secara sengaja boleh dipenjara hingga 10 tahun dan didenda atau disebat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >