Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DARI MAHKAMAH

Lelaki didakwa lontar bahan api selepas diarah tailong

Jan 04, 2022 | 05:30 AM



SEORANG lelaki didakwa kerana bertindak bagi pihak pemberi pinjaman wang tidak berlesen dengan membaling bahan api buatan sendiri, atau koktel molotov ke dalam perkarangan sebuah rumah di kawasan Yio Chu Kang pada awal pagi 25 April 2020.



Chan Suan Guan, kini 24 tahun , juga dituduh melakukan kesalahan di bawah Akta Covid-19 (Langkah Sementara) kerana dia dikatakan meninggalkan rumahnya tanpa alasan pada hari itu untuk menyasarkan isi rumah tersebut semasa tempoh pemutus litar, menurut laporan The Straits Times (ST).



Singapura telah melaksanakan pemutus litar antara 7 April dengan 1 Jun 2020 untuk mengekang penularan Covid-19.



Dalam satu kejadian yang tidak berkaitan, warga Singapura itu juga telah didakwa menyebabkan kematian seorang penunggang motosikal dengan memandu sebuah van dengan cuai pada Januari lalu.



Chan sepatutnya didakwa bersalah semalam tetapi kes itu telah ditangguhkan kerana mahkamah mendengar bahawa peguam belanya perlu mengambil arahan daripadanya.



Dia kini dijangka mengaku bersalah atas tuduhannya pada 3 Februari.



Dia kini berdepan sembilan tuduhan berkaitan aktiviti pinjaman wang tidak berlesen.



Chan juga mempunyai satu tuduhan menyebabkan kematian dengan memandu dengan cuai di bawah Akta Covid-19 (Langkah Sementara).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >