Subuh
5:39
Syuruk
7:03
Zuhur
1:10
Asar
4:35
Maghrib
7:14
Isyak
8:30

Lelaki didakwa membunuh wanita di hotel Geylang

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Lelaki didakwa membunuh wanita di hotel Geylang

Jan 02, 2019 | 03:52 PM

SEORANG lelaki dihadapkan ke mahkamah hari ini (2 Jan) bagi menghadapi tuduhan membunuh selepas seorang wanita ditemui mati di Hotel Golden Dragon di Geylang hujung minggu lalu.

Warga Bangladesh Ahmed Salim, 30 tahun, didakwa membunuh Cik Nurhidayati Wartono Surata, 34 tahun, antara 5.08 petang dengan 8.12 malam Ahad lalu.

Polis berkata pasangan itu mengenali satu sama lain tetapi dokumen mahkamah tidak mendedahkan hubungan mereka.

Polis diberitahu tentang kes itu pada 10.45 malam Ahad lalu. Cik Nurhidayati ditemui terbaring kaku dalam sebuah bilik di hotel di Westerhout Road itu dan disahkan mati di tempat kejadian.

Ahmed diberkas dalam masa 14 jam selepas laporan dibuat.

Menurut akhbar Lianhe Wanbao, seorang pekerja hotel berkata pasangan itu telah menempah bilik bagi tiga jam sebelum melanjutkan tempahan ke lima jam.

Namun, tiada siapa mendaftar keluar 10 jam kemudian. 

Ahmed akan ditahan reman di Divisyen Polis Central dan kes itu ditangguh ke 9 Januari. Jika disabit kesalahan membunuh, dia menghadapi hukuman mati.  

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3