Lelaki didakwa minta sogokan $1 dari pemandu trak , Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:38
Syuruk
7:02
Zuhur
1:09
Asar
4:34
Maghrib
7:14
Isyak
8:29

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat0

Lelaki didakwa minta sogokan $1 dari pemandu trak

Dec 11, 2018 | 05:33 PM

SEORANG lelaki yang bekerja sebagai pengendali peralatan kanan di syarikat kontainer dibawa ke mahkamah Selasa lalu selepas didakwa cuba mendapatkan sogokan $1 dari pemandu trak. 

Menurut laporan The Straits Times, ini merupakan salah satu kes rasuah yang melibatkan jumlah wang terendah. 

Warga ChIna Chen Ziliang, 47 tahun, yang bekerja di Cogent Container Depot, didakwa terlibat dalam dua tuduhan rasuah. 

Beliau dituduh cuba meminta sogokan dari Encik Jiang Xingnian pada 20 Oktober tahun lalu untuk tidak melambatkan proses meletakkan kontainer di atas kenderaannya. 

Menurut dokumen mahkamah, Chen juga dikatakan telah menerima sogokan dari pemandu trak lain yang mengambil atau mengembalikan kontainer ke syarikat itu antara Mei 2016 dan Mac tahun ini. 

Halal Home-based Businesses
We want to help Halal Home-based Business owners during these tough times. See the link below.
Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map