Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DARI MAHKAMAH

Lelaki didakwa sebab kebakaran guna rokok di Tampines

Dec 13, 2022 | 05:30 AM



SEORANG lelaki didakwa di mahkamah semalam kerana menyebabkan kebakaran dengan menjatuhkan sebatang rokok yang dinyalakan ke lantai yang mempunyai minyak tanah di atasnya.



Loh Fu Wah, 63 tahun, dikenakan satu tuduhan cuai hingga menyebabkan kebakaran di blok 941 Tampines Avenue 5 pada 28 Januari lalu, menurut The Straits Times.



Dia dituduh menjatuhkan sebatang rokok yang dinyalakan di atas lantai sebuah bilik tidur apabila terdapat minyak tanah di atas lantai itu, menurut kertas pertuduhan.



Kebakaran yang menyusuli merosakkan flat di tingkat 10 itu dan koridor di sepanjang pintu masuk unit tersebut.



Menurut satu kiriman Facebook oleh Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) pada 29 Januari lalu, anggota bomba bertindak balas terhadap kejadian itu dan mendapati api sedang marak apabila mereka tiba.



Api telah "menjlat sepenuhnya sebuah unit dua tingkat di tingkat 10", kata SCDF.



Anggota bomba memaksa masuk ke dalam bilik tidur dan mendapati seorang lelaki terbaring dalam keadaan tidak sedarkan diri di atas lantai.



Mereka menyelamatkannya dari unit yang terbakar itu dan membawanya ke Hospital Besar Changi.



Sekitar 180 orang dari unit berdekatan telah dipindahkan.



Loh berhasrat mengaku bersalah dan akan kembali ke mahkamah bulan depan untuk berbuat demikian.



Jika didapati bersalah, dia boleh dipenjara hingga 18 bulan, didenda, atau kedua-duanya sekali.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >