Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki didapati bersalah cabul anak perempuan belasan tahun

Feb 16, 2017 | 11:18 AM



PADA suatu petang pada April 2014, seorang remaja perempuan berusia 13 tahun menghantar mesej WhatsApp panjang kepada ibunya, mendedahkan perbuatan jijik bapanya mencabulnya.



"Saya sayang ayah... Tetapi saya benci ayah apabila dia berbuat demikian ke atas saya. Saya binggung. Saya tidak tahu bagaimana hendak mengendalikan ini lagi. Banyak kali apabila ayah melakukan perkara-perkara itu ke atas saya saya mahu memberitahu awak tetapi saya takut," tulisnya dalam bahasa Inggeris.



Pada Rabu (15 Feb), remaja itu duduk bersama ibu dan saudara-maranya di mahkamah, yang mendapati bapanya, 42 tahun, bersalah atas 10 tuduhan kesalahan seksual, termasuk empat tuduhan serangan seksual dengan penetrasi.



Kesalahan itu dilakukan di flat keluarga mereka antara akhir 2011 hingga April 2014, semasa remaj itu berusia antara 11 dan 13 tahun.



"Saya rasa lega sedikit tetapi saya masih menunggu 20 Mac," kata remaja itu, yang kini berusia 16 tahun, kepada akhbar The Straits Times.



Bapanya dijangka dihukum pada tarikh itu.



Remaja itu, yang memakai uniform sekolah, menghadiri setiap satu daripada enam hari perbicaraan ayahnya bersama ibunya, yang kini telah bercerai dengan suaminya.



Gadis itu berkata beliau "tidak dapat berkata-kata" mengenai sebahagian daripada keterangan bapanya tetapi yakin "kebenaran akan menang".



Antara lain, bapanya berkata anaknya membuat dakwaan itu untuk membalas terhadapnya kerana mendisiplinkannya.



Bapanya juga mendakwa tidak mungkin dia melakukan beberapa daripada perbuatan seksual itu memandangkan saiz dan keadaan kemaluannya, yang cacat akibat prosedur pembesaran.



Dalam menyabitkan lelaki itu, Pesuruhjaya Kehakiman Aedit Abdullah berkata tidak ada bukti dakwaan itu direka-reka. Beliau berkata dakwaan tertuduh mengenai kemaluannya tidak mewujudkan keraguan munasabah, sambil berkata dia tidak menyebut tentang perkara itu semasa siasatan polis.



Beliau juga mendapati keterangan remaja itu ""luar biasa meyakinkan".



Gadis itu memberi keterangan bahawa kebanyakan penderaan tersebut berlaku dalam bilik tidur utama semasa dia menggunakan komputer di bilik itu untuk menyiapkan projek sekolah.



Bapanya akan memastikan pintu dikunci sebelum melakukan perbuatak seks itu.



Ibunya memberi keterangan bahawa beberapa kali beliau mendapati pintu dikunci tetapi mengandaikan anaknya tidak mahu diganggu ketika melakukan kerja sekolah.



Gadis itu berkata dia berdiam diri kerana bimbang keluarganya akan berpecah. Tetapi selepas satu lagi serangan pada 15 April 2014, dia memutuskan dia boleh bertahan lagi dan menghantar mesej itu kepada ibunya semasa di sekolah dan bersedia tinggal di rumah ibu saudaranya jika ibunya meraguinya.



Selepas mendapat mesej memeranjatkan itu, ibunya menjawab: "Saya sayang awak. Awak sentiasa ada saya."



Esoknya, ibunya menghalau suaminya, seorang pembantu kedai makan ketika itu, dari flat mereka. Tiga minggu kemudian, beliau membuat laporan polis dan memfailkan perceraian.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >