Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki didapati bersalah cabul kehormatan pramugari Scoot dalam penerbangan ke S'pura

Aug 05, 2019 | 05:21 PM



DENGAN badannya berbau arak, seorang lelaki menaiki pesawat Scoot menuju ke Singapura dari Cochin, India dengan seluarnya tidak berzip.



Penumpang tersebut, Vijayan Mathan Gopal, 39 tahun, kemudian mencabul kehormatan seorang pramugari dengan menyentuh punggungnya, meletakkan tangannya di paha kanan pramugari berkenaan serta menutup muka wanita tersebut dengan tangannya.



Selepas perbicaraan hari ini, (5 Ogos), Hakim Daerah Salina Ishak mendapati lelaki kelahiran India itu bersalah atas tiga tuduhan mencabul.



Penduduk tetap Singapura itu melakukan kesalahan tersebut antara jam 4 pagi dan 8.14 pagi pada 2 Nov, 2017.



Mahkamah turut diberitahu bahawa sejurus pesawat berlepas, Vijayan telah bertengkar dengan seorang kru penerbangan kerana dia enggan membayar selepas membuat pesanan makanan dan wain merah.



Semasa perbicaraan, Vijayan, yang diwakili peguam Ramesh Selvaraj dan Nicholas Kam, menafikan dakwaan mencabul wanita itu.



Sebaliknya, dia mendakwa bahawa pramugari tersebut telah membuat rekaan kejadian itu untuk mengalih tumpuan dari aduannya mengenai “perkhidmatan buruk” yang telah dia terima.



Dia dibebaskan dengan ikat jamin $5,000 dan dijangka dihukum pada 28 Ogos.



Bagi setiap tuduhan mencabul kehormatan, dia boleh dipenjara sehingga dua tahun, disaman dan disebat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >