Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki didapati bersalah subahat seludup pistol ke SG

Oct 12, 2021 | 05:30 AM



SEORANG lelaki berusia 27 tahun didapati bersalah kerana telah bersubahat dengan anggota geng untuk menyeludup pistol ke Singapura dari Malaysia untuk menakutkan geng saingan.



Amirul Asyraff Muhammad Junus mengaku bersalah semalam atas satu tuduhan bersubahat dengan Muhammad Ikram Abdul Aziz, 26 tahun, yang memiliki senjata pistol Shooters Sea Hawk dan lapan peluru. Dia juga mengaku tuduhan kedua iaitu memiliki baton di tempat awam.



Ikram dijatuhkan hukuman penjara selama tujuh tahun dan 10 bulan penjara dengan enam sebatan pada Mac tahun ini, dalam kes pertama yang melibatkan pemilikan senjata api secara haram sejak 2009.



Pendakwa raya menuntut hukuman penjara sekurang-kurangnya lima tahun dan enam sebatan rotan untuk kesalahan Amirul.



Mahkamah mendengar kededua warga Singapura itu berkawan rapat dan pernah bermain bola sepak untuk pasukan bawah 18 tahun untuk Tanjung Pagar United pada 2012. Mereka kemudian menganggotai sebuah geng yang sama.



Pada Januari 2019, Amirul mendapat tahu seorang lelaki bernama Faris, dari geng lain, telah memukul bekas isterinya di luar kelab malam Baliza di Marina Square. Wanita itu memberitahu Amirul bahawa Faris menganggotai geng lain.



Timbalan Pendakwa Raya Norine Tan berkata: "Amirul memberitahu Ikram akan kejadian tersebut untuk meluahkan kemarahannya dan meminta Ikram bantu menyelesaikan masalahnya. Amirul ingin membalas dendam, pada masa itu.



"Ikram memberitahu Amirul agar tidak bertindak secara terburu-buru dan akan membantunya tanpa melibatkan diri dalam pergaduhan kerana mempunyai seorang anak perempuan."



Menyusuli itu, Ikram membeli pistol dari Malaysia pada Februari 2019 yang berharga sekitar $1,400 dan menyeludupnya ke Singapura.



Di samping itu, Ikram pula ditemui di Pusat Pemeriksaan Woodlands dengan sebatang baton ketika ingin memasuki Singapura, dengan penjelasan bahawa baton itu senjata untuk pertahanannya dan teman wanitanya ketika bercuti pada September 2019.



Kesalahan itu diketahui pada 8 Oktober 2019, ketika dua pegawai menahan Ikram kerana disyaki mengambil dadah dan pistol serta peluru sebelum dirampas dari flatnya di Jurong West.



Atas tuduhan bersubahat, Amirul boleh dijatuhi hukuman penjara sekurang-kurangnya lima tahun tidak melebihi 10 tahun, dan sekurang-kurangnya enam sebatan rotan, menurut laporan The Straits Times (ST).



Oleh sebab memiliki baton di tempat awam, dia boleh didenda hingga $5,000 dan dipenjara hingga sebulan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >