Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki didenda $1,500 dek ruang letak kereta

Feb 03, 2016 | 02:33 PM



SEORANG lelaki yang menampar muka seorang pemandu berkali-kali gara-gara ruang letak kereta, didenda $1,500 pada Rabu (3 Feb) kerana menyebabkan kecederaan.


Pegawai sokongan teknikal Cho Chee Onn, 56 tahun, mengaku menampar Encik Oei Tjong Mian, 46 tahun, berkali-kali, menyebabkan mangsa yang bekerja sendiri itu melecet, di tempat letak kereta di Blok 52, Chin Swee Road pada 31 Jan 2015.


Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Sarah Shi memberitahu mahkamah Encik Oei sedang mencari tempat bagi meletak keretanya di tempat letak kereta Chin Swee Road petang itu.


Cho meletak motosikalnya dalam ruang bagi kereta. Dia masih di atas motosikalnya apabila Encik Oei melihat ruang itu dan mengundurkan kereta beliau perlahan-lahan ke dalamnya.


Apabila tidak boleh berundur lagi, Encik Oei keluar dari keretanya dan meminta Cho menggerakkan motosikalnya kerana ia diletak di ruang bagi kereta.


Cho menjadi agresif dan menjeritkan Encik Oei: "Saya tidak suka orang bercakap dengan saya seperti ini."


Dia kemudian menampar muka Encik Oei berkali-kali. Encik Oei tidak melawan.


Seorang lelaki warga Singapura berusia 50 tahun berada di sana dan menyaksikan seluruh kejadian itu. Beliau campur tangan dengan memegang motosikal itu apabila beliau mlihat Cho cuba melarikan diri.


Polis dipanggil dan tiba tidak lama kemudian.


Peguam Cho, Encik Foo Ho Chew, berkata mental dan emosi anak guamnya terganggu kerana isterinya selama 25 tahun telah menceraikannya dan anaknya memilih untuk berpindah keluar dari rumah itu Beliau juga kehilangan pekerjaan, katanya.


Encik Foo berkata Cho amat menyesali tindakannya dan telah membayar pampasan kepada Encik Oei bagi perbelanjaan perubatannya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >