Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki didenda $3,000 nyalakan bunga api secara terlarang di Little India

Dec 31, 2019 | 03:02 PM



SEORANG kakitangan kelab malam telah didenda $3,000 selepas dia menyalakan bunga api Happy Boom yang berbahaya di Little India semasa Deepavali.



Sivasarvanan Suppiah Murugan meletakkan bunga api itu di simpang Madras Street dan Campbell Lane kerana dia fikir tiada kamera di kawasan itu.



Mahkamah daerah diberitahu hari ini (31 Disember) bahawa Sivasarvanan, seorang warga Singapura berusia 43 tahun, menyalakan bunga api itu dan melarikan diri selepas itu.



Dia mengaku bersalah menyalakan bunga api yang berbahaya itu secara terlarang. Dia telah membelinya untuk menyambut Deepavali pada 27 Oktober lalu.



Namun, tiada kecederaan atau kerosakan terhadap harta benda dilaporkan hasil bunga api yang dinyalakannya itu.

Mac lalu, pekerja pembersihan Alagappan Singaram, 54 tahun, didenda $5,000 selepas mengaku bersalah menyalakan bunga api secara terlarang di Bukit Batok.



Dia merupakan orang pertama yang didapati bersalah bagi kesalahan di bawah Akta Bunga Api Berbahaya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >