Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki didenda $3,500 kerana lempar kata kesat ke atas drebar bas

Nov 10, 2021 | 05:30 AM



SEORANG pemandu bas yang nampak seorang penumpang yang tidak memakai pelitup dengan betul telah berhentikan bas sebelum menasihat lelaki itu agar memakainya dengan betul.



Penumpang itu, Mohamed Reezal Abdullah, 49 tahun, bagaimanapun telah mengikut pemandu itu kembali ke tempat duduk pemandu dan melemparkan kata-kata kesat.



Semalam, Mohamed Reezal didenda $3,500 di bawah Akta Perlindungan daripada Gangguan kerana menggunakan bahasa kesat terhadap pekerja perkhidmatan awam.



Satu lagi tuduhan iaitu gagal menutup hidung dengan pelitup telah diambil kira dalam hukumannya, lapor The Straits Times.



Mahkamah diberitahu bahawa pada 20 Julai tahun lalu, sekitar 7.30 malam, Mohamed Reezal, warga Singapura, menaiki perkhidmatan bas SBS nombor 10 dan duduk di dek atas bas.



Pemandu bas, Encik Chua Khea Boon, 61 tahun, telah melihat di televisyen litar tertutup bahawa pelitup Mohamed Reezal tidak menutup hidung dan mulutnya.



Pemandu itu kemudian menghentikan bas dan pergi ke dek atas untuk menasihatinya supaya memakai pelitup dengan betul sebelum kembali ke tempat duduk pemandu untuk meneruskan perjalanan.



Mohamed Reezal telah mengikuti Encik Chua dan bersemuka dengannya di tempat duduk pemandu dengan cara yang agresif.



Mangsa itu, yang prihatin akan keselamatannya, menghubungi pejabat SBS untuk melaporkan perkara itu, kata Timbalan Pendakwa Raya Cheah Wenjie.



Selama kira-kira lima minit selepas itu, ketika Encik Chua memandu bas di kawasan Marine Parade, Mohamed Reezal menggunakan kata-kata kesat dalam dialek Hokkien untuk memarahinya.



Mohamed Reezal diwakili peguam Kalaithasan Karuppaya dari Regent Law, yang memberitahu mahkamah bahawa kliennya memohon maaf dan memahami keseriusan kesalahannya.



Kerana menggunakan kata-kata kesat terhadap pekerja perkhidmatan awam semasa pekerja itu menjalankan tugasnya, Mohamed Reezal boleh didenda hingga $5,000, penjara sehingga 12 bulan, atau kedua-duanya sekali.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >