Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki didenda $3,500 kerana serang isteri hamil dan maki polis

Mar 01, 2016 | 02:33 PM



SEORANG lelaki berusia 32 tahun menarik rambut isterinya yang hamil di luar sebuah kelab malam tahun lalu, dan berhenti hanya apabila orang yang lalu di itu membantu beliau.


Apabila seorang anggota polis cuba menenangkannya, dia berulang kali memaki pegawai tersebut.


Pada Selasa (1 Mac), Vinoth Thirunavukkarasu didenda $3,500 selepas mengaku bersalah terhadap tiga pertuduhan - menyebabkan kecederaan, berkelakuan tidak senonoh di tempat awam, dan menggunakan kata-kata kesat terhadap seorang penjawat awam.


Dia juga mengaku salah bagi satu lagi pertuduhan menyebabkan kecederaan dan tuduhan ancaman jenayah, yang diambil kira semasa hukuman dijatuhkan.


Mahkamah diberitahu bahawa Vinoth bertemu isteri dan rakan-rakanya ketika zaman kanak-kanak di Club Checkmate di Hotel Rendezvous pada kira-kira 11.30 malam pada 31 Mei tahun lalu.


Selepas mereka meninggalkan kelab itu pada kira-kira 2.10 pagi hari berikutnya, dia bertengkar bersama isterinya, yang sedang hamil tujuh bulan anak sulung mereka.


Dia menarik rambutnya, tetapi dihalang oleh pejalan kaki.


Apabila polis tiba kira-kira 2.20 pagi, mereka melihat dia menjerit kuat dan menghayun tangannya secara agresif.


Seorang staf sarjan meminta Vinoth bertenang, tetapi dia berulang kali memaki pegawai polis berusia 32 tahun itu.


Enam bulan sebelum kejadian itu, dia duduk di atas perut isterinya di rumah mereka dan mengheret beliau di atas lantai dengan menarik rambutnya. Sekitar masa itu, dia juga menghunuskan pisau terhadap isterinya dan mengugut akan mencederakan beliau.


Dalam mitigasi, Vinoth memberitahu mahkamah isterinya telah memaafkannya dan meminta kebenaran memohon maaf kepada isteri dan anaknya di mahkamah.


Semasa menjatuhkan hukuman, Hakim Daerah Salina Ishak berkata: "Saya harap awak mendapatkan bantuan untuk masalah pengurusan kemarahan awak. Dan saya harap awak mengota janji awak tidak akan melakukan ini lagi."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >