Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki didenda kerana kirim e-mel palsu, bohongi pengkaji NTU dirinya dijangkiti Covid-19

Jun 29, 2022 | 03:47 PM



SEORANG lelaki yang mendaftarkan dirinya bagi penyelidikan kajian sukarela di Universiti Teknologi Nanyang (NTU) tetapi tidak mahu menyertainya bagi sesi kedua telah mengirimkan e-mel yang membohongi seorang pengkaji bahawa dia positif Covid-19.



Paul Chan Kin Nang telah melakukan kesalahan tersebut walaupun dia tahu dia boleh mengundurkan diri daripada kajian itu bila-bila masa tanpa sebarang penalti dikenakan.



Pada Rabu (29 Jun), Chan, 42 tahun, didenda $5,000 selepas dia mengaku bersalah atas kesalahan itu.



Kerana pembohongannya pada 6 September 2020, dua kakitangan universiti terpaksa diberi cuti ketidakhadiran sehingga Kementerian Kesihatan (MOH) mengetahui keadaan sebenar.



NTU juga telah secara sementara menggantung kegiatan kajian penyelidikan yang diadakan serta pengumpulan data di kampus itu pada 7 September tahun itu.



Kegiatan penyelidikan pada minggu itu dan minggu sesudah itu juga terjejas dengan NTU perlu membayar hampir $350 kerana perubahan logistik yang berlaku.



Peguam bela, Encik Josiah Zee, telah memberitahu mahkamah bahawa Chan adalah  kakitangan awam dan bukan sebahagian daripada NTU sewaktu kesalahan dilakukan.



Encik Zee berkata anak guamnya telah berbohong kerana dia risau pengkaji akan mempunyai pandangan tidak baik terhadapnya.



Mahkamah diberitahu Chan telah mendaftarkan dirinya bagi penyelidikan kajian bertajuk 'Mengkaji Proses Mental Dalam Membuat Keputusan'. 



Peserta dibayar berdasarkan tahap tugasan mereka.



Timbalan Pendakwa Raya, R. Arvindren, berkata bahawa Chan menghadiri sesi pertama kajian itu di NTU pada 1 September 2020 dan segalanya berjalan lancar.



Sesi kedua kajian itu pula ditetapkan pada 7 September tahun itu dengan pengkaji  telah mengirim e-mel kepada Chan sehari sebelum itu untuk mengingatkannya.



Chan pula menjawab: "Saya tidak dapat hadiri sesi esok kerana saya diuji positif Covid-19 dan (kini dalam kuarantin) di hospital."



Sebenarnya, dia tidak diuji positif bagi virus itu.



Dalam e-mel yang sama, Chan juga meminta NTU agar membayarnya sebagai ganjaran menghadiri sesi pertama kajian itu.



Pengkaji itu menjawab e-melnya dengan bertanyakan soalan seperti bila dia mendapatkan ujian Covid-19 tetapi si pesalah tidak menjawab.



Pengkaji itu juga memberitahu rakan sekerjanya dengan pengurus pentadbiran NTU pula mengirim e-mel kepada Chan dengan menyatakan: "Kami meminta maaf kerana perlu meminta anda memberi beberapa keterangan memandangkan NTU perlu memeriksa dengan Kementerian Pendidikan (MOE) mengenai tindakan susulan bagi pegawai kajian kami yang berhubung dengan anda minggu lalu."



Chan pula menjawab dan mendakwa e-melnya telah digodam seseorang yang mengirim pesanan dengan pembohongan itu.



Pada 7 September 2020, MOH memberitahu NTU bahawa Chan tiada dalam rekod kes Covid-19 yang dilaporkan positif.



Dua hari kemudian, pengurus pentadbiran melaporkan kepada polis mengenai butiran palsu yang dibuat Chan. Polis menyoal Chan dan dia kemudian mengaku berbohong.



Kata pendakwa: "Si tertuduh...tidak mahu datang lagi bagi sesi kedua dan juga tidak mahu menolak peringatan NTU."



Menggesa mahkamah mengenakan denda sekurang-kurangnya $5,000, pendakwa itu berkata: "Tindakan tertuduh secara mudahnya tidak bertanggungjawab dan tidak memberi manfaat kepada sesiapa, termasuk kepada tertuduh sendiri.



"Tindakannya berlaku pada masa vaksinasi belum lagi ada dan terdapat kerisauan jika seseorang mempunyai kontak dengan kes Covid-19."



Merayu agar hukuman diringankan, Encik Zee memberitahu mahkamah bahawa Chan tidak berniat buruk dan dia menyesali perbuatannya.



Bagi melakukan kesalahan itu, Chan boleh dipenjara hingga tiga tahun dan didenda hingga $10,000.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >