Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki didenda kerana letak bom tangan mainan di Taman Istana

Jul 24, 2019 | 04:09 PM



SEORANG pembersih terjumpa bom tangan mainan ketika membersihkan Taman Istana dan membuat keputusan meletakkannya dalam kedudukan tegak untuk melihat reaksi orang ramai.



Perbuatan Elankovan Marimuthu itu dilaporkan seorang pengguna jalan raya yang melihat mainan tersebut pada sekitar 2 petang pada 3 November 2017.



Berikutan laporan tersebut, sebuah operasi melibatkan 39 pegawai polis dari pelbagai unit dijalankan.



Lapan pegawai Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) dari Kumpulan Pertahanan Biologi, Radiologi dan Letupan turut dikerahkan ke taman berdekatan Orchard Road itu.



Jalan di Penang LAne dikepung separuhnya kepada pengguna jalan raya selama 45 minit dan ditutup seluruhnya selama setengah jam kerana para pegawai itu perlu memastikan sama ada objek yang berbentuk bom tangan itu membahayakan orang ramai.



Penang Lane dibuka semula sekitar 5 petang setelah barang tersebut disahkan sebuah mainan.



Elankovan, 59 tahun, mengaku bersalah hari ini kerana menggunakan tingkah laku mengancam untuk menyebabkan kecemasan. Dia didenda $4,500, lapor The Straits Times.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >