Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki dihadapkan ke mahkamah kerana tumbuk pembantu rumah, adik ipar

Oct 12, 2019 | 02:56 PM



SEORANG lelaki telah menumbuk pembantu rumah adiknya bertubi-tubi selepas emaknya mengadu bahawa wanita Filipina itu berkelakuan kurang sopan dengan berbaring sambil melunjurkan kaki dekat kepala wanita berumur itu.



Benjamin Putra Chumali menumbuk kepala Cik Fabre Jeizel Cabelte sehingga Cik Cabelte tersentak ke belakang dan terlanggar cermin kaca sebuah almari hingga ia pecah.



Benjamin, 33 tahun, turut menumbuk adik iparnya, Encik Muhammad Irfan Zakariah, 31 tahun, pada hari yang sama kerana menganggap Encik Irfan biadap sebab tidak menyalamnya apabila pulang ke flatnya di Jurong West. 



Benjamin didapati bersalah di mahkamah pada Jumaat (11 Oktober) atas dua tuduhan menyerang orang lain, menurut laporan The Straits Times.



Benjamin akan dijatuhkan hukuman pada 14 November dan kini dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak $5,000.



Jika didapati bersalah atas tuduhan menyerang pembantu rumah, dia boleh dipenjara sehingga tiga tahun dan didenda sehingga $7,500 manakala bagi tuduhan menyerang, dia boleh dipenjara sehingga dua tahun dan didenda sehingga $5,000.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >