SEORANG pekerja pemindahan berusia 30 tahun yang merogol seorang wanita yang pertama kali ditemuinya di sebuah pesta Malam Tahun Baru dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun dan enam kali rotan semalam.
Muhammad Farhan Mohamed Buan menghadiri pesta itu di D'Kranji Farm Resort bersama isteri dan tiga anaknya, tetapi selepas berakhirnya majlis tersebut dan keluarganya sudah tidur, dia mencari mangsanya.