Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki dihukum penjara enam tahun dan enam sebatan kerana sebabkan keretakan pada tempurung anak

Nov 09, 2018 | 02:39 PM



SEORANG lelaki berusia 30 tahun dihukum penjara enam tahun dan enam sebatan hari ini (9 November) selepas mengaku bersalah menyebabkan kecederaan teruk ke atas anak kandungnya yang kini mengalami kecacatan tetap.



Dia tidak boleh dinamakan atas perintah mahkamah bagi melindungi identiti kanak-kanak tersebut.



Lelaki itu, yang bertugas sebagai pemandu, memukul kepala anak lelakinya yang berusia enam bulan itu selepas terjaga akibat tangisan bayi tersebut.



Kejadian itu berlaku pada 26 Ogos 2016.



Akibat tindakan ganas itu, kanak-kanak tersebut, yang kini berusia dua tahun dan lapan bulan, tidak boleh duduk, bergerak, pusing atau tiarap sendiri.



Usia perkembangannya sekitar empat bulan.



Sebelum menjatuhkan hukuman, Hakim Daerah Eddy Tham berkata kanak-kanak itu telah mengalami "kecederaan kepala yang teruk" dan kini dinafikan daripada menjalani kehidupan berdikari.



Hakim juga berkata lelaki itu telah melanggar kepercayaan antara seorang bapa dan anaknya.



Bapa tiga anak itu sedang tidur di flatnya di Bedok North apabila tangisan bayi itu mengejutnya.



Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Grace Chua memberitahu Hakim: "Tertuduh memekik 'diamlah, diamlah. Nanti aku ada kerja, kau buat bising, aku tak boleh tidur', dan memukul mangsa sekali di kepala dengan tangan kanannya."



Bayi itu menangis dengan lebih kuat sebelum muntah dan kemudian tertidur.


Dia kelihatan normal apabila terjaga keesokan hari sekitar 8 pagi namun apabila ibunya memeriksanya sekitar lima jam kemudian, dia kelihatan lemah dan separuh sedar.


Kanak-kanak itu dikejarkan ke Hospital Wanita dan Kanak-kanak KK (KKH) menaiki ambulans.


Skan CT kepalanya menunjukkan dia mempunyai beberapa keretakan tempurung.


Dia juga mempunyai cecair lebihan di dalam otaknya dan segera dirujuk ke jabatan bedah saraf.


Bayi itu dibenarkan pulang pada 2 Mac tahun lalu, sekitar tujuh bulan selepas kejadian tersebut.


Dia kini tinggal bersama ibu-bapa titipan yang menerima bantuan kewangan daripada Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) serta Dana Teknologi Bantuan, sebuah skim yang dibiayai pemerintah dan ditadbir SG Enable.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >