Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki dihukum penjara kerana rompak, cederakan jururawat

Feb 23, 2017 | 09:56 AM



DENGAN bersenjata pisau, seorang lelaki 38 tahun berlegar-legar di kawasan kejiranannya dekat Jalan Bukit Merah mencari peluang merompak.

Mohammad Hamzah Abdul Motalib ternampak seorang jururawat berjalan pulang kira-kira 9.20 malam, 19 Ogos lalu. Dia lalu menyerang dan merompaknya.

Hamzah dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan 12 sebatan pada Rabu (22 Feb) selepas mengaku salah melakukan rompakan dan mencederakan.

Mahkamah diberitahu dia berjalan di sekitar kawasan Kim Tian apabila dia melihat Cik Kyi Pyar Naing Lin, 26 tahun, yang sedang menggunakan telefon bimbit.

Dia mengekori beliau ke Blok 127A.

Sedang Cik Naing Lin ke lif, Hamzah menetak tangan kanannya dengan pisau 25cm dan menolaknya ke dalam lif.

Timbalan Pendakwa Raya Amanda Sum berkata: "Mangsa kemudian menangkap pisau dengan tangan kanannya untuk menghalang tertuduh daripada mengkelar lehernya, Pergelutan berlaku."

Telefon bimbit Cik Naing Lin jatuh dan beliau akhirnya melepaskan pisau itu.

Hamzah mengambil telefon dan berlari pulang ke Blok 127C yang berdekatan.

Beberapa penduduk mendengar jeritan Cik Naing Lin membantunya dan menghubungi polis.

Polis menerima panggilan sekitar 10 malam. Hamzah ditangkap tiga jam kemudian.

Cik Naing Lin mengalami luka-luka.

Pihak pendakwa meminta hukuman penjara dan rotan dikenakan.

Katanya, walaupun Hamzah mempunyai skizofrenia dan sakitnya berulang semasa melakukan rompakan itu, seorang perunding kanan Kesihatan Mental berkata Hamzah waras ketika melakukan jenayah itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >