Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki dihukum penjara lakukan hubungan seks dengan budak, miliki ratusan filem pornografi kanak-kanak

Mar 02, 2017 | 02:26 PM



SEORANG jurulatih seni bela diri gabungan (MMA) dari Amerika dijatuhi hukuman empat tahun pada Khamis (2 Mac) selepas mengadakan hubungan seks dengan dua budak perempuan di bawah umur dan merakamnya dengan telefon bimbitnya.



Joshua Robinson, kini 39 tahun, juga didapati memiliki 321 filem mengandungi pornografi kanak-kanak, termasuk menampilkan kanak-kanak seawal usia dua tahun. Ini dipercayai merupakan bilangan terbesar filem yang disita daripada seorang pesalah di Singapura.



Dia pernah menunjukkan seorang budak perempuan berusia enam tahun filem lucah dia melakukan seks dengan seorang wanita.



Pada 13 Feb, Robinson, yang pernah menjadi seorang artis kanan kesan visual, mengaku bersalah atas empat pertuduhan membuat filem lucah dan tiga tuduhan melakukan hubungan seks secara rela dengan budak bawah umur.



Dia juga mengaku salah memiliki filem lucah dan mempamerkan objek lucah kepada kanak-kanak.



Sebanyak 20 tuduhan lain bagi kesalahan yang sama diambil kira semasa hukuman dijatuhkan.



Robinson bertemu dengan mangsa pertamanya, ketika itu berusia 15 tahun, melalui laman web janji temu. Mereka pulang ke rumahnya di Riverwalk Apartments in Upper Circular Road pada 11 Sep, 2013.



Mereka melakukan hubungan seks dan dia merakamkan perbuatan itu menggunakan telefon bimbitnya.



Mereka mengadakan hubungan seks sekurang-kurangnya dua kali lagi selepas itu dan dia merakamkannya juga.



Robinson bertemu mangsa kedua, juga berusia 15 tahun, pada 23 Jun 2015 dan mereka pulang ke rumahnya, dan melakukan hubungan seks tanpa perlindungan.



Dia merakam tanpa izinnya. Setelah meninggalkan apartmen itu, mahkamah diberitahu budak itu menangis, menghadapi tekanan mental dan memberitahu ibu bapanya, yang memaklumkan kepada polis.



Dua hari kemudian, pegawai berkuasa merampas komputer dan pemacu mudah alih dan menemui 5,902 filem lucah; 321 daripadanya mengandungi pornografi kanak-kanak.



Kira-kira sebulan kemudian, Robinson pergi ke gym seni bela diri dan menunjukkan video lucah kepada kanak-kanak berusia enam tahun sedang ayahnya berlatih.



Budak itu kemudian memberitahu bapanya yang memaklumkan kepada polis.



Bagi setiap pertuduhan melakukan hubungan seks dengan budak bawah umur, Robinson boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun dan denda.



Dan bagi setiap pertuduhan membuat sebuah filem lucah, dia boleh dihukum sehingga dua tahun penjara dan denda antara $20,000 dengan $40,000.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >