Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki dihukum penjara, rotan dek cabul anak tiri 11 tahun

Sep 02, 2016 | 03:08 PM



SEORANG penyelia pembersihan yang mencabul anak tirinya berusia 11 tahun dihukum penjara 15 bulan dan sebat tiga kali pada Jumaat (2 Sep).

Lelaki berusia 43 tahun itu mengaku bersalah terhadap satu daripada dua pertuduhan menggunakan kekerasan jenayah untuk mencabul mangsa dengan meletak tangannya dalam bajunya dan memicit buah dadanya.

Namanya tidak boleh disiar kerana perintah larangan.

Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Kavita Uthrapathy berkata ibu kanak-kanak itu berkahwin dengan tertuduh pada 2012. Beliau mempunyai empat anak hasil perkahwinan lalu.

Pada 6 April lalu, seorang guru murid darjah lima itu menyedari dia menangis di sekolah. Apabila dibawa ke kaunselor sekolah, budak itu memberitahu kaunselor dia dicabul ayah tirinya.

Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga kemudian dihubungi dan satu laporan polis dibuat.

Siasatan menunjukkan antara 12 tengah malan dan 6 pagi pada 6 April, mangsa sedang tidur di ruang tamu flat di kawasan Jalan Besar apabila dia mendengar televisyen dihidupkan.

Dia membuka matanya sekejap dan dapat melihat tertuduh sedang duduk di atas lantai.

Ayah tirinya itu kemudian mengusap-usap kepalanya. Dia memejamkan matanya dan berpura-pura tidur. Kanak-kanak itu kemudian dicabul tertuduh. Dia takut dan terus berpura-pura tidur.

Tertuduh berkata dalam mitigasinya bahawa dia pemberi nafkah tunggal keluarga enam anak itu.

Ketika meminta hukuman ringan, dia berkata isterinya, yang hadir di mahkamah, menyokongnya selama ini.

Hakim Daerah Hamidah Ibrahim berkata tertuduh sepatutnya menjaga mangsa dan bulan mengambil kesempatan ke atasnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >