Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki diiringi polis keluar pesawat dek enggan patuh arahan keselamatan

Sep 19, 2019 | 09:07 AM



SEORANG lelaki telah diiring keluar pesawat Scoot dari Athens oleh pegawai polis tambahan (APO) pada awal pagi Isnin (16 September), selepas dia enggan mematuhi arahan keselamatan.



Seorang penumpang yang menyaksikan kejadian tersebut memberitahu akhbar The Straits Times (ST) bahawa lelaki itu, dalam lingkungan 60-an tahun, telah meninggalkan tempat duduknya, dan berpindah ke tempat duduk di pintu kecemasan pesawat itu satu jam sebelum pesawat itu dijadualkan mendarat di Singapura pada 3.35 pagi.



Dia enggan berpindah dari situ walaupun beberapa pramugari berulang kali memintanya untuk kembali ke tempat duduknya yang asal. 



Walaupun pesawat TR713 mendarat di Singapura pada masa yang dijadualkan, penumpang lain tergendala selama 15 minit, kerana lelaki tersebut pada mulanya enggan mengikuti arahan pegawai polis tambahan untuk diiring keluar pesawat.



Dalam satu kenyataan, Scoot berkata lelaki yang membuat kecoh itu tidak memenuhi kriteria yang untuk duduk di kerusi berdekatan pintu keluar kecemasan pesawat.



Sebagai sebahagian daripada garis pandu keselamatan, penumpang yang duduk di kerusi tersebut perlu memenuhi pelbagai kriteria, seperti berada dalam keadaan sihat, dan mampu membuka pintu keluar jika diperlukan sewaktu kecemasan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >