Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DARI MAHKAMAH

Lelaki dijatuhi hukuman probesen culik bekas rakan sekolah

Feb 24, 2022 | 05:30 AM



SEORANG pekerja penghantar bersekongkol dengan tiga orang yang didakwa bersubahat menculik bekas rakan sekolah yang telah menyerangnya pada Februari tahun lalu.



Menurut dokumen mahkamah, empat lelaki itu Mac lalu telah memaksa Harry Hilmie Harrahap Hassan masuk ke dalam van di Clementi.



Mohamed Shahmir Noor Mohamed Noor, kemudian menyerang Harry ketika kenderaan itu menuju ke Labrador Park.



Apabila mereka sampai ke destinasi, Shahmir menolak Harry keluar dari van itu dan terus menyerangnya lapor The Straits Times.



Dua daripada rakan sejenayah Shahmir juga dikatakan turut serta dalam serangan itu.



Kumpulan itu kemudiannya meninggalkan Harry, yang cedera.



Semalam Shahmir, 20 tahun dijatuhi hukuman probesen 18 bulan selepas dia mengaku bersalah pada Disember lalu atas satu pertuduhan penculikan.



Sebagai sebahagian daripada probesen, dia perlu berada di rumah dari 11 malam hingga 6 pagi setiap hari dan melakukan 60 jam khidmat masyarakat. Ibu bapanya juga diikat dengan bayaran $5,000 bagi memastikan kelakuannya yang baik.



Kes membabitkan rakan subahatnya - Nurasraf Abdul Manaf, 27, Khairul Anwar Zakaria, 37 dan Abdul Ridha Mohamed Hashim, 41 - masih belum selesai.



Bagi kesalahan termasuk menyerang Shahmir tahun lalu, Harry, 20 tahun, awal bulan ini diarah menjalani latihan pemulihan selama sekurang-kurangnya setahun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >